Selamat datang ke PKB GOLD*

Bantuan & FAQ

Jawapan pantas tentang akaun, pembelian emas, penghantaran dan program agen PKB GOLD.

Akaun & Pendaftaran

Bagaimana cara daftar akaun PKB GOLD?
Klik Daftar di laman utama, isi nama, e-mel dan kata laluan. Selepas log masuk, anda boleh akses portal ahli, urus profil dan membuat pesanan.
Apakah perbezaan akaun Standard dan Agen?
Akaun Standard untuk pembelian emas seperti biasa. Akaun Agen membuka akses program affiliate, pautan rujukan, QR kod dan komisen daripada rujukan langsung.
Bagaimana naik taraf ke akaun Agen?
Log masuk ke portal ahli, pergi ke Daftar Agen, lengkapkan borang dan bayar yuran pendaftaran melalui ToyyibPay. Akaun agen diaktifkan selepas bayaran disahkan.
Saya lupa kata laluan. Apa perlu buat?
Hubungi khidmat pelanggan melalui e-mel atau borang Hubungi Kami. Pasukan kami akan bantu set semula akses akaun anda.

Pembelian & Pembayaran

Bagaimana cara membeli emas di PKB GOLD?
Pilih produk gold bar, tambah ke troli, teruskan ke checkout, isi alamat penghantaran dan bayar melalui ToyyibPay (FPX, DuitNow atau kad kredit). Rujuk panduan penuh di halaman Cara Beli.
Kaedah bayaran apa yang diterima?
Kami menggunakan gerbang pembayaran ToyyibPay yang menyokong FPX perbankan dalam talian, DuitNow dan kad kredit/debit utama.
Kenapa troli saya kosong selepas beberapa masa?
Untuk memastikan harga emas sentiasa terkini, tempahan dalam troli akan tamat secara automatik selepas 30 minit jika pembayaran tidak diselesaikan. Sila checkout semula jika ini berlaku.
Bolehkah saya batalkan pesanan selepas bayar?
Pesanan yang telah dibayar akan diproses untuk penghantaran. Untuk pertanyaan pembatalan, hubungi sokongan pelanggan secepat mungkin dengan nombor pesanan anda.

Penghantaran & Pesanan

Ke mana penghantaran emas dibuat?
Kami menghantar ke seluruh Malaysia. Pastikan alamat penghantaran lengkap dan tepat semasa checkout.
Berapa lama emas sampai?
Pesanan biasanya diproses dalam 1–3 hari bekerja selepas bayaran disahkan. Tempoh penghantaran bergantung pada lokasi dan kurier.
Bagaimana jejak status pesanan saya?
Log masuk ke portal ahli dan buka Pesanan Saya untuk lihat status bayaran, pemprosesan dan penghantaran.
Adakah emas diinsuranskan semasa penghantaran?
Ya. Setiap penghantaran gold bar dibungkus selamat dan dilindungi insurans mengikut standard operasi PKB GOLD.

Produk & Ketulenan

Adakah emas PKB GOLD tulen?
Semua gold bar kami adalah emas 999.9 tulen, dengan maklumat berat dan harga yang dipaparkan secara telus pada setiap produk.
Bagaimana harga emas ditentukan?
Harga produk dikemas kini berdasarkan harga emas semasa (RM/gram) dan berat gold bar. Anda boleh rujuk harga spot di laman utama.
Bolehkah saya simpan produk ke wishlist?
Ya. Klik ikon hati pada kad produk untuk simpan ke wishlist. Senarai wishlist boleh diurus dalam portal ahli selepas log masuk.

Agen & Affiliate

Siapa layak dapat komisen affiliate?
Hanya ahli berdaftar dengan akaun Agen layak menerima komisen rujukan langsung. Akaun Standard tidak menerima komisen.
Bagaimana cara kongsi pautan affiliate?
Selepas menjadi agen, pergi ke menu Affiliate dalam portal. Salin pautan rujukan atau kongsi kod QR kepada prospek anda.
Bila komisen dikira?
Komisen dikira daripada pesanan downline yang berjaya dibayar. Rekod komisen boleh disemak di Laporan Affiliate dalam portal agen.
Perlu simpan stok emas sebagai agen?
Tidak. PKB GOLD urus inventori, pembungkusan, penghantaran dan insurans. Anda fokus pada promosi dan jemputan pelanggan.

Masih perlukan bantuan?

Pasukan PKB GOLD sedia membantu urusan akaun, pesanan dan program agen anda.

Hubungi Sokongan

Talian Khidmat Pelanggan :

TEL / WA

Waktu Operasi Kaunter dan Hotline PKB GOLD :

Sabtu hingga Khamis dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang

Perlu Bantuan? Chat dengan kami